Tuesday, October 9, 2012

BB Plus Collagen



Assalamualaikum wbt readers...
Ni nak share ngan anda tentang BB Plus Collagen...
Bg yg dah tau ttg Collagen (bahasa Melayunye Kolagen) ok la kan..Tp bg yg blom tau apa itu Collagen dan kepentingannya..moh le baca smbil tambahkan general knowledge kita... pastu bleh la rmai2 pakat oder ngn Ieyda... (^_~)

APA ITU COLLAGEN??

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

Kolagen I: terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata

Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim

Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.


FUNGSI COLAGEN

Menghasilkan asid amino penting seperti :
lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
alanin, prolin dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
arginin -memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
menampung air dalam tubuh.
meningkatkan penyerapan kalsium.
menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
meningkatkan isyarat induksi
menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik



KESAN COLLAGEN KEATAS BADAN
- memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
- memelihara kelembapan kulit
- menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
- menguatkan otot dan tulang
- membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
- memelihara kelenturan sendi
- mengurangkan keradangan(inflammation)
- memberi tenaga
- membantu pola tidur
- memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

KESAN KEKURANGAN COLLAGEN KE ATAS BADAN
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kuli

TANDA-TANDA PENUAAN
- tak bermaya(KULIT KUSAM)
- tiada seri
- kulit kedut dan mula kendur
- pigmentasi kulit 
- cepat letih dan lesu
- sakit badan dan sendi
- mudah lupa
- kurang penglihatan


MENGAPA BB Plus?
BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik.


BAGAIMANA BB Plus BERTINDAK?

Mod tiga tindakan:
1. Memulih - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida 
3. Memperbaharui - Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru

Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?

Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis

Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.
BB Plus mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit anjal, lembab, tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.


7 Hasil Kulit Cantik

1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab 
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari











Ada Tips juga utk anda...Berguna ni.. Jom follow.. 



Berikut disenaraikan 10 tip untuk mengekalkan keremajaan secara am.



1. Elakkan terdedah kepada sinar mentari yang terik.
2. Hindari aktiviti yang tidak sihat seperti merokok dan minuman keras.
3. Elakkan dari selalu berkerut atau melakukan mimik muka tertentu yang mengerutkan kulit muka..
4. Jangan tidur dengan muka di atas bantal yang boleh meninggalkan garisan kedutan akibat tekanan kulit muka 

ke atas bantal tersebut.
5. Amalkan senaman secara rutin agar dapat mengekalkan keanjalan otot, menghindari kekenduran dan menggalakkan aliran darah yang lancar.
6. Elakkan suhu yang ekstrem. Jangan biasakan mandi dengan air panas.
7. Tidur secukupnya sekitar 7 – 8 jam sehari.
8. Elak atau kawal tahap stres anda.
9. Kurangkan pengambilan gula atau kanji secara berlebihan.
10.Amalkan pemakanaan yang kaya dengan antioksidan.



So..apa lg? Dapatkanlah BB Plus Collagen anda sekarang... pm/text/call Ieyda :
012-7644767 atau email : idawati_ahdb78@yahoo.com..

Best Regards,
Ieyda Syanida







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...