Thursday, February 28, 2013

Resepi Dari Utara : Kuih Lepat Liat

As salam uolls..


Lama dah x menulis.. hehehe
Kali ni Ieyda nak share dengan uolls tentang resepi yg Ieyda janji hari tu.. Kuih lepat liat. Kuih ni asalnye dari Utara. So orang utara je kot yang tau camne nak buat kuih ni.. Kuih ni kuih tradisional mungkin jugak x ramai yang tau.. Arwah mak Ieyda selalu buat kuih ni bila kami balik kampung.. So upon request je baru arwah mak akan buat.. 


Ieyda sendiri x tau langsung macam mane nk buat kuih lepat liat ni ( sebab malas nk belajar dr arwah mak ) ... huhuhu kantoi suda.. Tapi bila dah termengidam nak makan baru sibuk nak belajar.. Tu pun adik Ieyda yang stay kt Segamat yang bagi resepi... pssst... dia pun cari kt internet..hahahahaha


So di pendekkan cite... Ieyda pun buat la kuih ni mengikut resepi tu.. Alahamdulillah.. first try menjadi walaupun kurang lemak sket..hehe. Tapi at least jadi la kn? Ok la tu.. So plan nye after this nak buat skali lagi.. This time harap-harap lagi lemak dan sedap dari yang mula-mula buat tu...

Ni la rupa kuih lepat liat yang dah siap di kukus & sedia di makan

Sekarang ni Ieyda ada banyak masa la nak buat kuih-kuih ni semua sebab sekarnag Ieyda dah.... resign! Dah jadi suri rumah sepenuh masa cum mompreuneur...haha. Rase lebih bahagia dan lebih tenang bila ada di rumah memantau aktiviti anak-anak, home work dorang, dapat masakkan utk dorang dan suami dan yang paling penting Ieyda dapat fokus pada biz online Ieyda ni..sape kata duduk rumah x boleh generate income?? Boleh kalau kita ada kemahuan kan?


So since dah menceburkan diri dalam online biz yg sebelum ni hanya part time sebab masih bekerja..sekarang dah boleh bagi sepenuh perhatian sebab dah x bekerja.. Flexible time.. Flexible income.. sape nak bagi kan???


Ok la uolls.. dah mengantok dah ni.. sebelum Ieyda tido, Ieyda sertakan resepi kuih lepat liat tu .. Uolls bleh la cuba lau rajin..hehehehe


Resepi Kuih Lepat Liat ::

Bahan-bahan :
5 cawan tepung pulut
2 cawan santan pekat ( guna cawan yg sama )
1/2 cawan  gula merah
8-10 sudu makan gula pasir
1/2 sudu garam
daun pisang ( yg tlh dilayur ) secukupnya utk membalut

Cara-cara:
Masukkan santan, gula merah, gula pasir dan garam ke dalam bekas dan kacau hingga larut. Tapiskan ke dalam tepung yg tersedia di dlm bekas lain. gaul dan uli sampai sebati hingga menjadi doh. ambil sedikit dan gentel menjadi panjang dan letakkan di dlm daun pisang. Lipat daun pisang tetapi pastikan bahagian selisihnya kemas supaya apabila dikukus ia tidak terkeluar dari daun pisang. Susun dlm pengukus dan kukus selama 25 minit-30 minit.. Sejukkan sebelum sedia di makan.
* walaupun ianya liat tetapi tidak melekat kerana ada santan sbg bahan dan pastikan santan yg digunakan adalah santan pekat*

Selamat mencuba..


p/s : if uolls nak tau camne nak generate income via online biz mcm yang Ieyda ckp tadi, uolls boleh la rojer Ieyda anytime ehh.. Lau under GLAM which is the founder is CDM Hanis Haizi.. uolls jgn risau..confirm boleh dapt income meletop mcm Hanis Haizi jgak..dgn syarat follow je apa yg Hanis Haizi buat.. 
Uolls bleh la rojer Ieyda @ 012-7644767


Akhir kalam dari Ieyda.. Selamat malam and see uolls in my next entri... 


Chills (~_^)




Friday, February 15, 2013

Wanita Mengandung dan Mengidam...


As salam uolss..

Dah beberapa hari ni terasa nak makan blueberry cheese cake akhirnya dapat beli jugak semalam kat Secret Receipe. Actually bukan susah pun nak pergi beli tapi x kena time. So since dah naik keje semula after few days cuti CNY so dapat la beli masa balik keje semalam..

Masa mengandung ni macam2 rasa nak makan..cheese cake la, keropok lekor la, kuih lepat liat la, sushi la, mangga muda la, dan macam2 lg.. ada yang dah pun dapat rasa tapi ada jugak yang blom..hehehe

Best jadi org mengandung ni.. apa yang di hajatkan semua boleh dapat tapi yang memang senang dapat la... tapi nasib baik jugak Ieyda x mengidam yang pelik2.. kalau x mesti pening kepala en. Suami nak mencari dan mendapatkannye kan??

Ok la uolls, sampai sini je la entri kali ni.. kalau uolls nak share pengalaman uolls tentang apa yang uolls mengidam masa mengandung, bleh la komen kat bawah ye.. yang x mengandung pun lau nak share apa yg koramg idamkan pun bleh share/komen kgak..apa salahnye..

So, sampai jumpa lagi di next entri... nanti Ieyda share dengan uolls resepi tradisi orang Kedah iaitu kuih lepat liat.. lau yg dah tau tu ok la..lau yg x tau tu...tungguuuuu... huhu


p/s : kalau ada yg nk oder pil maharani utk jamu lepas bersalin nanti boleh call Ieyda ye @ 012-7644767.. murah je..rm65 je sekotak utk sebulan.. (^_^)

salam ceria...

Saturday, February 9, 2013

PREMIUM BEAUTIFUL By Ieyda Syanida: PREMIUM BEAUTIFUL GLOW SESSION

PREMIUM BEAUTIFUL By Ieyda Syanida: PREMIUM BEAUTIFUL GLOW SESSION

PREMIUM BEAUTIFUL GLOW SESSION

As salam wbt readers..


Lama x jumpe kt blog ni kan? So this time Ieyda nak update tentang GLOW yang baru je abis petang tadi.. Yang best dan terharu ialah leader yang gojes iaitu bakal CDM Shaliza Aziz sanggup datang jauh2 dari KL untuk bantu kami biz partner yang kat Johor ni... Tu yang buat kami lagi bersemangat dan teruja...

Banyak ilmu yang Ieyda dapat dan belajar dari GLOW hari ni.. Disamping tu dapat juga jumpa dan berkenalan dengan biz partner baru.. GLOW kali ni lebih ramai dari yg sebelumnya yang Ieyda attend dua bulan lepas kalau x silap.. Maknanye semakin berkembang group kt JB ni...Premium Beautiful Online Biz ni memang tingi permintaan nye kt JB ni.. Premium Beautiful Online Biz pun semakin mendapat tempat di JB sebab ramai yang mencari-cari side income untuk penuhi keperluan dan kehendak masing2 yang semakin tinggi..  So..dengan adanya leader yang komited seperti Shaliza Aziz aka Ieja, Norain Mohd Nizar aka Ain @ mummy, dan Syikin Salleh aka Ikin group di JB cepat berkembang.. Thanks to them!!


Shanghai qualifiers... Johor Bahru Top Premium Beautiful Agent

Ieyda sangat teruja sebab skang kami dalam pakej Shanghai.. In shaa Allah lau diizin kan nak sangat bersama-sama dengan biz partners yang lain dalam flight nanti... Tapi perut dah buncit ni..x tau la..hehehe.. Tapi apa-apa pun mesti kena fight untuk ke Shanghai... Walaupun mungkin x dapat pergi tapi itu akan memberi kepuasan kepada diri sendiri...ye la kita dah usaha kan?..so bila dah qualify mesti puas hati dgn usaha keras yang kita dah bagi.. hehehe...Excited sangat!!!!


Ok la.. rasenye sampai sini dulu la entri kali ni.. kat luar tu dah meriah dengan bunyi mercun dan meriam..begitulah tiap2 tahun.. nk buat camne 1 Malaysia kan?...hehehehe

Before Ieyda say babai.. ce kita renungkan kata2 ni :: 

" KALAU INGIN MELIHAT PERUBAHAN JADILAH PERUBAHAN YANG KITA INGINKAN. TIADA MANUSIA YANG GAGAL DALAM KEHIDUPAN MELAINKAN DIA MEMILIH UNTUK GAGAL... DAN KEGAGALAN YANG SEBENAR ADALAH KEGAGALAN MENCUBA "


Pusat Menimba Ilmu.. GLAM TTDI
So.. jika uolls nak jadi part of GLAM..jangan malu2 tuk contact Ieyda @ 012-7644767.. Ieyda sedia membantu anda sama macam leader2 bantu Ieyda dari mula sampai sekarang...


Salam ceria...
Happy Chineese New Year...
Happy holidays...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...