Thursday, February 28, 2013

Resepi Dari Utara : Kuih Lepat Liat

As salam uolls..


Lama dah x menulis.. hehehe
Kali ni Ieyda nak share dengan uolls tentang resepi yg Ieyda janji hari tu.. Kuih lepat liat. Kuih ni asalnye dari Utara. So orang utara je kot yang tau camne nak buat kuih ni.. Kuih ni kuih tradisional mungkin jugak x ramai yang tau.. Arwah mak Ieyda selalu buat kuih ni bila kami balik kampung.. So upon request je baru arwah mak akan buat.. 


Ieyda sendiri x tau langsung macam mane nk buat kuih lepat liat ni ( sebab malas nk belajar dr arwah mak ) ... huhuhu kantoi suda.. Tapi bila dah termengidam nak makan baru sibuk nak belajar.. Tu pun adik Ieyda yang stay kt Segamat yang bagi resepi... pssst... dia pun cari kt internet..hahahahaha


So di pendekkan cite... Ieyda pun buat la kuih ni mengikut resepi tu.. Alahamdulillah.. first try menjadi walaupun kurang lemak sket..hehe. Tapi at least jadi la kn? Ok la tu.. So plan nye after this nak buat skali lagi.. This time harap-harap lagi lemak dan sedap dari yang mula-mula buat tu...

Ni la rupa kuih lepat liat yang dah siap di kukus & sedia di makan

Sekarang ni Ieyda ada banyak masa la nak buat kuih-kuih ni semua sebab sekarnag Ieyda dah.... resign! Dah jadi suri rumah sepenuh masa cum mompreuneur...haha. Rase lebih bahagia dan lebih tenang bila ada di rumah memantau aktiviti anak-anak, home work dorang, dapat masakkan utk dorang dan suami dan yang paling penting Ieyda dapat fokus pada biz online Ieyda ni..sape kata duduk rumah x boleh generate income?? Boleh kalau kita ada kemahuan kan?


So since dah menceburkan diri dalam online biz yg sebelum ni hanya part time sebab masih bekerja..sekarang dah boleh bagi sepenuh perhatian sebab dah x bekerja.. Flexible time.. Flexible income.. sape nak bagi kan???


Ok la uolls.. dah mengantok dah ni.. sebelum Ieyda tido, Ieyda sertakan resepi kuih lepat liat tu .. Uolls bleh la cuba lau rajin..hehehehe


Resepi Kuih Lepat Liat ::

Bahan-bahan :
5 cawan tepung pulut
2 cawan santan pekat ( guna cawan yg sama )
1/2 cawan  gula merah
8-10 sudu makan gula pasir
1/2 sudu garam
daun pisang ( yg tlh dilayur ) secukupnya utk membalut

Cara-cara:
Masukkan santan, gula merah, gula pasir dan garam ke dalam bekas dan kacau hingga larut. Tapiskan ke dalam tepung yg tersedia di dlm bekas lain. gaul dan uli sampai sebati hingga menjadi doh. ambil sedikit dan gentel menjadi panjang dan letakkan di dlm daun pisang. Lipat daun pisang tetapi pastikan bahagian selisihnya kemas supaya apabila dikukus ia tidak terkeluar dari daun pisang. Susun dlm pengukus dan kukus selama 25 minit-30 minit.. Sejukkan sebelum sedia di makan.
* walaupun ianya liat tetapi tidak melekat kerana ada santan sbg bahan dan pastikan santan yg digunakan adalah santan pekat*

Selamat mencuba..


p/s : if uolls nak tau camne nak generate income via online biz mcm yang Ieyda ckp tadi, uolls boleh la rojer Ieyda anytime ehh.. Lau under GLAM which is the founder is CDM Hanis Haizi.. uolls jgn risau..confirm boleh dapt income meletop mcm Hanis Haizi jgak..dgn syarat follow je apa yg Hanis Haizi buat.. 
Uolls bleh la rojer Ieyda @ 012-7644767


Akhir kalam dari Ieyda.. Selamat malam and see uolls in my next entri... 


Chills (~_^)




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...