Saturday, February 22, 2014

Puding Roti Caramel | My All Time Favourite

Halo halo halo...

Dah memalam buta baru free.. Kalau x busy dgn baby la, anak2 yg lain la, kemas rumah la, basuh baju la, masak la dan macam2 aktiviti lg termasuk lah aktiviti bisnes ieyda.. As GLAMpreneur, kami bukan saja di ajar cara berbisnes tapi juga cara menguruskan masa. Untungnya berada dalam group GLAM.. 

Ok la.. Bukan nak citer tentang bisnes sebenarnya. Tengok tajuk entri tu kan citer puding.. So nak citer pasal resepi puding roti caramel la.. Puding ni memang faveret ieyda terutama bulan puasa. Confirm akn cari puding ni.. Sedaaaappppp...

Semalam ieyda buat la puding ni sebab rasa teringin nak makan. Nak beli xde musim.. Sebab belum bulan puasa...hehehe
So kena la buat sendiri. Lagi pun bulan susah naa nak buat. Cari punya cari resepi yg member bagi dulu, x jumpe pun.. Apa lagi...terus tanya en. Google.. Haaaaa.... Amek kau resepi...pilih je yg mana nak.. Banyak resepi puding roti caramel ni rupanya.. Tapi antara yg banyak2 ieyda pilih yang ni 👇


Puding Roti Caramel 

Bahan-bahan
3 sudu besar gula utk dijadikan caramel
4 keping roti Gardenia
3 biji telur gred A @ 4 biji grade B - dipukul perlahan dan ditapis
2 cawan air suam @ (1 cawan air suam + 1 cawan susu cair )
1/2 cawan susu pekat
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya 
Cara membuat caramel, masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula menjadi cair dan perang ( guna api kecil supaya x hangit ) 
Kemudian masukkan 1 sudu besar air. Berhati2 kerana gula panas. Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus kedalam loyang. Ketepikan. 
Panaskan pengukus. Carik2 kan roti dan kemudian blender bersama air suam dan susu pekat. Selepas itu masukkan telur yg sudah di tapis dan juga esen vanilla. Blend sekejap supaya sebati. Tuang adunan ke dalam loyang caramel dan kukus sehingga masak ( lebih kurang 30 minit je ). Bila dah siap terbalik kan puding tadi ke dalam bekas yg lebih besar dari loyang td. Tunggu sejuk baru boleh makan.. Boleh masukkan dlm peti sejuk. Selamat mencuba ya.. 



Tadaaaaaa... Ni la hasilnya.... Tengok pun dah terliur kan.. Apa tunggu lagi? Cuba lah sendiri. 

Okay la uolls.. Mak dah ngantuk... Nak tidur dulu la ye.. Esok nak bangun pagi nak goreng popia & nugget.. Selamat tidur uolls... Daaaa


Sweet deeamzzzz
Ieyda 
xoxo


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...