Wednesday, March 26, 2014

Family Day 2014 - Punggai Bayu Beach Resort


Assalamualaikum wbt Readers... 

Dah lama x menulis... Busy katanye..hikhikhik. Before that nak ucap salam takziah kpd keluarga penumpang dan anak kapal MH370. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Apa2 pun kita masih berdoa dan berharap agar MH370 dijumpai dan menjawab segala persoalan jutaan rakyat Malaysia. 

Ok back to normal life. Nak citer pasal Family Day yg baru je berlangsung Sabtu dan Ahad lepas ni. Ni hari keluarga sebelah suami ieyda. Keluarga besar Wak Khamis dan Wak Timah, Felda Penggeli Timur. Tak sangka apa yg kami rancang dari tahun lepas akhirnya menjadi kenyataan walaupun pernah tertunda kerana hal yg x dapat dielakkn.. Sesungguhnya perancangan allah itu lebih besar kan.. Syukur Alhamdulillah semua berjalan lancar. 

Tema kali ni ialah biru. Biru turqoise utk yg dewasa, manakala biru tua Utk yg anak2. Baju siap tempah khas lagi.. Yg tu kredit kpd Ejan dan Eila. 

Ni la model baju Utk Family Day 2014 haha

Ieyda sekeluarga bertolak dari rumah lebih kurang jam 9 pagi. Oleh kerana nak COD puding roti caramel yg customer order, so kami x berkonvoi bersama adik beradik yg lain. Dorang gerak dari rumah mak mertua di Penggeli dgn 3 buah kereta.. Plan asal, kami akn berjumpa di Petronas simpang ke Desaru. Tapi oleh kerana ieyda bawak kek so x boleh la nak merempit kan.. So Along, kak Idah, Ucu, Lan, mak, ayah, Ejan, Eila, Is dan adik2nye buat keputusan untuk gerak dulu. Tapi nak jadikan cerita, dorang salah jalan. Nasib ieyda x jauh di belakang,, kalau x tentu dorang dah sampai ke Felda Adela or Sening.. 


Singgah jap kt Batu Layar.. 

Wak Timah & Wak Khamis. Yg blkg tu nk jgk enterframe ..heeeheee

View kt Batu Layar 


So dgn adanya "kepala" baru lah perjalanan diteruskan dan x sampai setengah jam kami pun sampai ke destinasi. Ooppss...sebelum tu kami singgah kt Batu Layar dulu. Kononnya nak isi perut dulu sebab check in pukul 2 pm tapi kami sampai awal. Tetapi...oleh kerana xde sorang pun antara kami yg bawak tikar maka x jadi lah kami nak berkelah kt situ. Maka perjalanan pun diteruskan ke Punggai Bayu Beach Resort...( mcm citer zmn dahulu kala la plak kan :)) )


Yg 2 tingkat tu chalet kami. 


Ok...cut short.. Kami chk in then terus menjamu selera. Menu tengahari tu ialah lontong, aym masak merah, aym masak ungkep, sayur lodeh, sambal goreng hitam, sambal kacang, puding roti caramel & air sirap. Apa lagi...makan dh x toleh kiri kanan dah...huhu



Puding roti caramel.. Ieyda buat tau... 


Setel mkn kami sumbangkan suara plak. Karaoke plak. Yg amek bahagian cuma ieyda, hubby, Ucu ngn hubby nye Lan, Ejan ngn Wife nye Eila. Satu lagu satu token = rm1.50. Ok la walaupun agak mahal kalau nak bandingkan tempat lain kot.. Time ni budak2 jangan tanya apa dorang buat... Mandi swimming pool la.. Yg lain ada yg berehat kt dlm bilik, ada yg bawak joran nak mancing sbb pantai dekat je, ada yg amek angin laut. Alhamdulillah cuaca sgt cantik.. 

My bf tgh sumbangkan suaranya 

Mamat ni tgh usha awek..siap tuju lagu...

Ni acara wajib my hubby and his siblings 

Kalau x mandi laut x best la kan... 


Malamnya kami berBBQ. Kat sini tempat BBQ disediakan bersama arang, myk, kipas satay dan penyepit arang. So x perlu risau ok. Menu malam tu ayam, satay, ikan cencaru dan sotong. Tukang bakar and tukang kipas ialah Ejan dan Is. Ada acara potong kek jgk. Tukang potong kek ieyda la...hehehe

Satay, sotong & ikan cencaru. Ayam abis liao
Rempah specially made by my mom In law

Tukang kipas no 1. Import dr Uganda

Tukang kipas no 2. Import dr Zimbabwe 

Rainbow Cake special from Liyana Pinklish Shoppe.. Yummy

Tukang makan.. 


Habis BBQ, kami semua masuk bilik nak rehatkan diri. Yg di lelaki semua sibuk dgn joran masing2. Yg si anak2 plak sibuk berkhemah dan main sesama sendiri. Maklumlah...time camni je boleh main2 ngn cousin2. Oh ya.. Family Angah sampai lewat ptg sbb Angah kena tggu ank dia balik dr Program Motovasi UPSR, then dorang ada jemputan kt Felda Sg. Sibol. 


Esok paginya ( ahad ), hari terakhir kt sini. Sarapan pg disediakan oleh chef Syawal. Menunya ialah sandwich ayam panggang dan sandwich satay ayam. Ye ye aa je kan...
Selepas breakfast ada yg nak main bola tampar pantai. Nak keluarkan peluh katanya. So layan la dlm setengah jam. Then kemas barang2 kt tempat BBQ sebelum acara kemuncak diadakan. 

Chef Syawal tgh prepare breakfast 

Bola tampar pantai 3 sebelah


Bila semua ahli keluarga dah siap kemas beg dan pakai baju tema Family Day 2014, acara yg ditunggu2 pun bermula. Acara cabutan bertuah!! Family Angah sponsor 3 hamper + wang tunai. Along menaja hhadiah misteri...jeng jeng jeng... Then acara cabutan bertuah untuk yg betul2 bertuah je... Ni antara pemenang2nya... Cekidautttt















Dah habis acara cabutan bertuah dgn pelbagai gelagat. Kita amek gambar ramai2 plak. Mula2 pic atuk ngn nenek ngn cucu2 pastu pic ayah, mak dgn anak dan menantu plak.. Jom layannnn...,


Atuk & nenek vs cucu-cucu

Mak ayah vs anak menantu

Pic td ada yg tertinggal. Ni baru complete 

This is my family.. Hamper sorg satu. Baru adil 


So cmtu la story about family day ieyda. Majlis ni sedikit sebanyak mempereratkan lagi hubungan kekeluargaan antara kami. Hope akan datang acara mcm ni boleh diadakan lagi dgn budget yg lebih besar dan tempat yg lebih menarik dan byk aktiviti dpt dilakukan bersama. 


Pasni nak plan family day untuk keluarga sebelah ieyda plak. Kami x ramai, 5 beradik je... Harap2 menjadi kenyataan. Semoga dipermudahkan oleh Allah. Aminnn


Ok la uolls... Dh mcm essei dh ni. Hope korang x jemu baca ye. Kata org Johor "jgn serik ehh"


Mata dah mengantuk dh ni.. Esok nak g stokis then malam nak COD mineral coffee... Tadi minum mineral coffee dulu,,tu yg boleh berjaga smpai 3 pagi ni...hahahaha 
Anyway...kalau uolls nak order mineral coffee, marine essence atau bbplus kolagen  or nak jadi Agent, jgn segan2 Utk ctc ieyda ye. Ieyda sedia membantu uolls. Produk2 ni semua high demand dan sangat laris tau. Time ni la nak cari duit lebih. Tak lama lagi nak puasa pastu raya. Mesti nak kna prepare awal2 kan?? So duit kena meriah, baru lah raya pun meriah...lepas raya pun still meriah sbb duit masih ada... huhu Oraitt.. Jgn lupa halo halo ieyda kalau berhajat nak tambah income ye. Ni ctc number ieyda 0127644767. Nk Whatsapp or wechat pun boleh. 


See uolls in next entri okay. Salam sayang dari ieyda. Cheers!! 
Assalamualaikum wbt 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...