Tuesday, March 31, 2015

GST Oh GST

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera semua...


Sana sini bercakap tentang GST kan? Apa pendapat uolls? Rata-rata ramai yang tak berpuas hati dan berpendapat ia akan membebankan. Kos sara hidup semakin tinggi, bajet perbelanjaan semakin bertambah kerana harga barang-barang keperluan naik dek penambahan GST. 

Well, bagi ieyda sama je.. Sebelum atau selepas GST tak ada beza kot.. Barang-barang keperluan memang sedia mahal sekarang. Nak tak nak kita tetap kena beli untuk kegunaan harian terutama barang basah dan barang kering. Kalau tak dapur tak berasap pula kan.. :))

Ada few tips yang ieyda nak share kat sini. If boleh digunapakai uolls boleh ambil. 

Tips GST

1. Sebelum membeli barang, tanya dahulu harga yang dikenakan termasuk GST atau tidak. 
2. Jika ada GST, tanya adakah resit rasmi akan diberikan untuk pembelian tersebut? Resit rasmi haruslah memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat (akta ssm) dan juga no pendaftaran GST. Jika gst dikenakan, dan tiada resit dikeluarkan, JANGAN BERURUSNIAGA. 
3. Setelah berurusniaga, semak nama dan no pendaftaran syarikat tadi di website kastam untuk memastikan syarikat tersebut betul berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan. 
4. Jika syarikat tersebut tidak berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan, buat aduan ke kastam dan bawa resit tadi. 

** Peniaga boleh dikenakan denda rm200k jika tidak berdaftar GST tetapi kenakan GST pada pelanggan. Elakkan dari tertipu. Tiada resit, Jangan beli.

So apa yang perlu kita buat sekarang adalah berusaha meningkatkan ekonomi keluarga. Cuba cari alternatif untuk tambah income. Banyak peluang untuk generate side income sebenarnya. Antaranya dengan berniaga. Tak kira lah berniaga apa sekalipun, asalkan halal kan.. Salah satu bisnes yang senang ialah online business. Just perlukan internet dan smartphone / laptop. Online business sangat fleksibel. 

Jadi kita terima lah GST ni dengan berlapang dada. Dengan hati terbuka. Nak marah-marah pun bukan dapat apa kan.. Lebih baik kita fokus kepada bagaimana nak tingkatkan ekonomi diri sendiri dan keluarga. 



Kita double kan income kita setiap bulan. Contohnya Kalau gaji RM4,500 sebulan, campur pula dengan side income RM4,500 sebulan, total dah RM9,000 income! Banyak kan? Online bisnes Kalau kena caranya memang menjadi-jadi uolls! 


Jadi...if uolls yg tercari-cari cara and bagaimana nak generate side income, uolls boleh contact ieyda. 


I think that's all for now. Thanks for reading ya.. Semoga kita berjumpa lagi di lain entri. Jangan marah-marah okey...tak elok untuk kesihatan. ;) 

Salam sayang dari ieyda. 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...