Wednesday, May 20, 2015

Kampung Girl

Haloooo uolls... 


Korang pernah makan kacang gajus? Nama Inggeris nye cashew nut. Sedap kacang gajus ni kan? Banyak digunakan dalam masakan, kuih dan lain lain lagi. Harga boleh tahan mahal..hehe

Tapi uolls tau ke macam mane rupa buah gajus dan biji gajus ni? Haaa.. Kebanyakan anak-anak kita sekarang tak kenal kan? Bila tanya anak-anak ieyda pun dorang jawab dengan muka blur sambil berkerut kening... hehehehe. 

Awal bulan hari tu ieyda balik kampung. Maklumlah cuti panjang... Cuti hari pekerja + hari Wesak + mengundi ( pilihanraya kecil parlimen Rompin ). So kebetulan dah cuti lama kat kampung, banyak la aktiviti nak buat. Husband dengan anak bujang, adik ipar dan anak sedara dengan hobi memancing dorang. Oh ya! This time adik ipar, biras dan anak sedara pun ikut balik kampung. Tujuan utama dorang memancing la :)). 

Okay back to cerita biji gajus tadi ye.. Oleh sebab musim buah gajus, maka banyak lah buah gajus yang bergelimpangan di atas tanah. Jatuh bersepah takde orang makan. So...as anak kampung yg memang tak reti duduk diam, ieyda kutip semua biji gajus tu. Dapat la sebesen besar. Target memang nak bakar. 

Ni la rupa biji gajus sebelum dibakar. 

Biji gajus mesti dijemur dulu untuk keringkan getahnya supaya bila bakar nanti tak la meletup-letup. Semasa memetik buahnya pun kena hati2. Kalau terkena baju alamat tak hilang la. Lupa pulak nak snap puc uah gajus..huhu


Acara membakar biji-biji gajus. 

Biji gajus kena sentiasa dikacau supaya rata masaknye. Masa mengacau pun kena hati-hati, takut bijinya yg mempunyai getah/gas meletup. 


Sebab ieyda penakut nak kacau, ayah yg tolong kacau kan....hehehe


Dah siap bakar...masa untuk mengetuk biji gajus pulak. 


Biji gajus yg dah diketuk, dikeluarkan isi dalam nye iaitu kacang gajus. 



Ini lah hasilnye. Dapat semangkuk. Puas makan...yum yum yum. Original ni tau!


Picture with kawan sekolah. Geng Silat, Geng Bas Sekolah. Geng gonjeng2 


Selamat Pengantin Baru Odah! 



Sempat juga attend wedding kawan baik masa kat sekolah dulu. Lama sangat tak jumpa. Maklum lah masing-masing sibuk. 
After majlis sempat merayap ke Pantai Hiburan Rompin. Ada Karnival rupanya. So sempat la layan anak-anak kat sini. 

Anak daraku sorang

Anak bujang sulung

Nak jugak selfie wefie dalam kereta kekeke 


Ootd for bisnes coaching. Sempat coaching bisnes partner ieyda di Rompin
 

Anak-anak memang seronok balik kampung. Seronok dapat main pasir & tanah macam 2 orang tu ;))


Best sangat 5 hari di kampung. Macam-macam aktiviti kami buat. Adik ipar sempat pergi menjerat burung wak-wak. Dapat 7 ekor walaupun sekejap je. Second time dorg dapat 5 ekor. Pun masak resepi yg sama. Masak apa dengan burung tu? Spesifik name tak sure utk resepi ni tapi arwah mak memang buat utk masak burung je. Ieyda namakannya "burung masak serai lada kering"..hehehe. 


Last day kat kampung, pagi tu ieyda tunaikan kewajipan kepada negara dulu. Pagi-pagi lagi ayah dah keluar untuk mengundi. Oh ya... Ni pilihan Raya Kecil ( PRK ) Parlimen Rompin. Kerusi Parlimen Rompin kosong disebabkan kematian Dato Jamaludin Jarjis pada april lepas. Dari Tanjung Gemuk sampai ke Rompin meriah dengan bendera, sepanduk dan banting parti yg bertanding. 

Lepas selesaikan tanggungjawab, lepas masak dan makan tengahari, kami pun berangkat balik ke JB. Sempat juga singgah Pantai Pasir Lanun di Penyabong, singgah Mersing beli keropok kering. Keropok lekor dah beli di Kg. Sarang Tiong. Kotoran dah tau port kopok leko paling sedap..huhuhu 

So, uolls....best tak entri kali ni? Hahaha Hope uolls enjoy baca ye. Saje nak santai-santai. So sampai sini je coretan ieyda.. Jumpa lagi next entri ye. 

Salam ceria...ieyda....xoxo 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...